"Mungkin shaja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin sahaja rasa itu telah pergi"
4 tahun 8 bulan dan 7 hari,
Maka dengan ini aku berhenti mengira,
Mengira untuk terus bersama,
Mengira untuk sekian lamanya suka dan duka.
Tanggal 27 April 2012 tidak akan mmebawa sebarang makna lagi
Tanggal 27 Disember 2016 menjadi titik noktah segala,
Tanggal yang memberi luka yang mendalam.
Tanggal yang memperlihatnya acuh kamu dalam hubungan ini.
Tiada lagi usaha
Tiada lagi perubahan
Tiada lagi perbincangan
Tiada lagi semuanya
Kau yang memilih untuk pergi, aku yang dipersalah.
Tidak mengapalah,
Yang pasti aku cuma letih.
Letih untuk terus cemburu
Letih untuk terus bertahan
Letih untuk terus menyayangi
dan letih untuk terus mencintai.
Ya, mungkin aku yang bersalah.
Mungkin aku juga yang tidak berusaha
Mungkin semuanya aku.
Tapi kau perlu tahu cuma satu.
Kau yang mulakan semuanya.




