Aku suka memerhati.
Keadaan sekeliling, orang ramai, kawan baik, frenemies, (kah)
Dari dulu, aku mula berfikir semasa aku di kolej.
Zaman diploma.
Pernah aku terlibat dengan pertelingkahan.
Yang sebenarnya tiada kaitan total dengan aku.
Namun aku terlibat,
Sejak itu, aku mula memerhati dan mula terfikir.
Aku ke yang bersalah sebenarnya hingga aku terlibat.
Aku yang bermasalah atau mereka,
Atau mereka yang sering bertelagah hingga bersangkut orang yang tak bersalah.
Jadi, dari pemerhatian aku dapat aku simpulkan.
Jika aku yang bermasalah, maka sudah pasti aku yang sering bertelagah
Jika, mereka, maka sebaliknya.
kemudian, aku temui jawapannya.
Jika kamu sering bertelagah dengan orang yang berbeza,
maka kamulah yang bermasalah sebenarnya. Kamu sedar?
Nasihat aku, perhati dan ubah.
senyum :')
Perhati orang, jangan lupa perhati diri sendiri juga.
Nasihat untuk semua dan untuk aku juga.,




