Hebat.
Hebatnya manusia seperti kamu ini.
Selepas kau melempiaskan kata makimu.
Seiring bersama sayap sokongan kiri dan kanan kau.
Aku yang dituduh menyalak?
Hebat sekali kamu.
Bijak sekali kamu kelihatan suci di mata manusia lain.
Tahniah aku ucapkan.
Jika porak-peranda hidup aku yang kau mahukan,
Tahniah, kau berjaya.
Jika hancurnya aku yang kau mahukan,
Tahniah, kau berjaya.
Jika sakitnya aku yang kau mahukan,
Tahniah, kau berjaya.
Jika jahatnya aku, kau mahu tunjukkan,
Tahniah, kau berjaya.
Terima kasih manusia asing yang tidak aku kenali.
Sungguh, sekali lagi aku pandang rendah manusia seperti kamu.
Sungguh, aku tidak mengambil pengajaran dari pengalaman yang lalu.
Nyata, manusia seperti kamu tidak akan pupus di muka bumi ini.
Asal kamu tahu, jika hari pembalasan itu tiada,
Sudahku balas caci maki mu itu.
Jika kau muncul pada zaman jahiliyahku dulu,
Kamu bakal tersungkur mendengar balasan caci makiku.
Mari, dengan bangga aku bentangkan karpet merah buatmu.
Karpet merah menuju peluang yang terbentang luas seperti yang kau katakan.
Karpet merah menuju ke kebahagian diatas kehancuran manusia lain.
Silakan. Silakan wahai manusia.
Buat kedua kalinya,
Terima kasih, manusia asing yang tidak dikenali.




